JANUARI 2025

Premier Hadiri Forum Ekonomi Malaysia 2025


KUALA LUMPUR, 9 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 yang berlangsung di ibukota hari ini. 

Beliau tiba di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada jam 9.10 pagi.

Forum tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

FEM menjadi platform utama dalam mengenal pasti hala tuju ekonomi tahun ini untuk mengesan kemajuan dasar secara terbuka dan telus bagi membuka ruang kepada dialog yang komprehensif.